suria

ROS Diminta Selesai Krisis Kepimpinan Parti Kita

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia diminta agar segera menyelesaikan kemelut kepimpinan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Zamil Ibrahim, yang mendakwa dirinya ketua baharu parti itu berkata beliau telah menghantar dokumen lengkap mengenai perkara itu kepada jabatan tersebut pada 29 Februari lepas, namun melihat tiada tindakan susulan dibuat.

"Ingin saya tegaskan pelantikan saya dilakukan dalam Persidangan Perwakilan Tahunan 2011 di Kota Baharu, Kelantan yang dihadiri lebih 100 anggota parti.

"Seluruh perwakilan pada persidangan itu telah menolak Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua parti dan memilih saya sebagai ketua parti yang baharu," katanya.

Zamil berkata isu itu perlu diselesaikan secepat mungkin memandangkan tarikh pilihan raya semakin hampir. - BERNAMA

Artikel Lain