Mangsa Cedera Dalam Serangan Di Kg Ampang Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Seorang daripada dua lelaki yang cedera selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjatakan parang di lorong Ikan Jelawat Enam, Kampung Ampang Campuran dekat sini Isnin disahkan mati di hospital.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata mangsa yang berusia 21 tahun yang dihantar ke Hospital Ampang itu mati sejurus tiba di hospital. Beliau berkata bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian.

Katanya punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, seorang lelaki berusia 25 tahun dilaporkan mati di tempat kejadian selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki bersenjatakan parang ketika sedang melepak di taman permainan kawasan berkenaan.

Dua lagi mangsa berusia 21 tahun dilaporkan cedera selepas diserang oleh kira-kira 10 lelaki itu yang menaiki sebuah kereta dan empat buah motosikal yang menyerang mangsa menggunakan senjata dipercayai parang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain