Muhyiddin Saran Umat Islam Perbaharui Azam Untuk Kejayaan - Semasa | mStar

Muhyiddin Saran Umat Islam Perbaharui Azam Untuk Kejayaan

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Rabu menyarankan umat Islam di negara ini supaya bersama-sama memperbaharui azam untuk terus menempa kejayaan dan kemajuan sempena bermulanya tahun baru Hijrah 1434.

Beliau berkata Islam tidak menggalakkan umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan rezeki datang menggolek tanpa berusaha.

"Sesungguhnya ajaran Islam tidak pernah menyuruh umatnya menyerahkan segala-gala kepada takdir tanpa berusaha untuk memperbaiki diri dan mengorak langkah ke arah kesejahteraan hidup," katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1434H yang disambut Khamis.

Muhyiddin berkata ajaran Islam juga menuntut umatnya supaya memelihara silaturrahim dan tidak melemparkan fitnah sesama sendiri atau melakukan tindakan yang akan melemahkan umat Islam.

"Justeru, marilah kita bersatu sebagai satu ummah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan," katanya.

Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H kepada umat Islam, Muhyiddin berharap segala usaha yang dilaksanakan mereka mendapat keredaan Allah S.W.T dan Malaysia terus terpelihara.

Beliau berkata Awal Muharam merupakan pembuka kepada tahun hijrah yang membawa erti sangat besar kepada seluruh umat Islam di dunia.

Menurutnya keseluruhan perjuangan Rasulullah SAW adalah gabungan tindakan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam sejati dengan sentiasa berikhtiar, sabar dan tidak putus asa serta sentiasa berserah kepada Allah S.W.T.

Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain