suria

SPAD Lancar Saluran Aduan

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada Jumaat melancarkan saluran aduan pengguna serta pelekat kenderaan pengangkutan awam baharu sebagai proses menambah baik mutu pengangkutan tersebut.

Pengerusinya Tan Sri Syed Hamid Albar berkata saluran aduan baharu yang berkuat kuasa 1 November lepas divariasikan penggunaannya mengikut trend terkini bagi memudahkan orang awam membuat aduan terhadap mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam.

"Selain talian hotline, orang ramai boleh membuat aduan menerusi e-mel, laman Twitter atau laman sesawang SPAD yang mana mereka boleh menyemak status aduan selepas berjaya menghantar secara atas talian," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Talian Baharu dan Pelekat Kenderaan Awam SPAD di sini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain