suria

Ejen Penghantaran Didakwa Curi Porsche Panamera

Seorang ejen penghantaran di Pelabuhan Klang, Mohd Azri Mohd Kassim, 31, (kanan) diiring Pegawai Penyiasat, Inspektor Kamaruzaman Endut (kiri) ketika hadir di Mahkamah Majistret atas pertuduhan mencuri sebuah kereta mewah jenis Porche Panamera 4 bernilai RM870,000 di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, Jumaat.
Mohd Azri, mengaku tidak bersalah bagi pertuduhan tersebut. --fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Seorang ejen penghantaran pada Jumaat didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri kereta Porsche Panamera 4 berharga RM870,000 di Pusat Jualan Porsche, di sini, dua minggu lalu.

Mohd Azri Mohd Kassin, 31, tidak mengaku salah dan minta dibicarakan apabila tuduhan dibacakan di hadapan majistret Siti Shakirah Mohtarudin. Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di pusat jualan berkenaan di Jalan Bukit Bintang, jam 9.29 pagi, 11 Oktober lalu.

Mohd Azri dibenar diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.

Artikel Berikut

Artikel Lain