suria

Pemuda MCA Saran Umum Nama Calon Bertanding Lebih Awal Elak Sabotaj

Setiausaha Agung MCA, Datuk Khong Cho Ha dan Pengerusi Kehormat Wanita MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bersalaman bersama Ahli-Ahli Wanita MCA selepas merasmikkan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Kali Ke-37 di K.Lumpur. -fotoBERNAMA
Setiausaha Agung MCA, Datuk Khong Cho Ha dan Pengerusi Kehormat Wanita MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bersalaman bersama Ahli-Ahli Wanita MCA selepas merasmikkan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Kali Ke-37 di K.Lumpur. -fotoBERNAMA
Setiausaha Agung MCA, Datuk Khong Cho Ha dan Pengerusi Kehormat Wanita MCA, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen bersalaman bersama Ahli-Ahli Wanita MCA selepas merasmikkan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Wanita MCA Kali Ke-37 di K.Lumpur. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA menggesa parti mengumumkan nama-nama calon bertanding pilihan raya umum lebih awal dan bukan pada saat-saat akhir.

Ketuanya, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata ini akan memberikan masa yang mencukupi kepada parti untuk menenangkan mereka yang tidak dipilih supaya mereka tidak mensabotaj kempen.

Beliau berharap parti akan mendapatkan kelulusan kepimpinan Barisan Nasional untuk membenarkan pengumuman dibuat lebih awal.

"Terdapat keperluan untuk menenangkan mereka yang tidak dipilih dan penyokong mereka supaya mereka dapat membantu parti untuk menang," katanya sambil menambah calon tersebut juga boleh mensabotaj calon-calon yang terpilih.

Bercakap pada majlis perasmian Perhimpunan Agung Tahunan Pemuda MCA ke-48 di sini, Wee berkata pilihan raya akan datang akan menentukan survival MCA yang berusia 63 tahun.

Oleh itu, orang-orang yang mensabotaj parti dalam pilihan raya mesti dipecat segera.

Beliau berkata terdapat keperluan segera untuk menangani isu-isu seperti jenayah, pekerjaan, perumahan dan pengangkutan yang dihadapi oleh rakyat.

"Orang ingin berasa selamat di rumah dan di luar rumah mereka, dan mereka tidak berminat dengan statistik jenayah atau tuduhan bahawa media memainkan isu itu," katanya.

Wee menyarankan agar kerajaan melaksanakan Kempen Kereta Pertamaku untuk kereta di bawah 1600cc dengan pengecualian cukai RM5,000 bagi mereka yang membeli kereta pertama mereka (kereta baru) dan kadar faedah khas untuk kereta terpakai.

Mengenai pekerjaan beliau berkata kerajaan perlu menganjurkan pameran kerjaya besar-besaran untuk semua peringkat dua kali setahun.

Untuk menggalakkan belia menceburi bidang perniagaan, Wee mencadangkan supaya pengecualian cukai selama tiga tahun diberikan kepada syarikat-syarikat yang ditubuhkan oleh mereka yang berumur di bawah 35 tahun.

KUALA LUMPUR: Pemuda MCA mahu lebih ramai ahli-ahlinya diletakkan sebagai calon bagi kerusi parlimen dan negeri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini adalah salah satu daripada 16 resolusi yang dikemukakan oleh sayap pemuda parti pada perhimpunan agung tahunan yang diadakan di Wisma MCA di sini, Sabtu.

Pemuda MCA juga menggesa ahli-ahlinya supaya bersatu untuk memastikan kemenangan lebih selesa untuk parti dalam pilihan raya.

Resolusi, antara lain mengkritik kementerian tertentu yang telah gagal menguruskan dana awam seperti yang didedahkan dalam Laporan 2011 Ketua Audit Negara.

Pemuda MCA juga mengutuk tindakan Pakatan Rakyat dalam mempolitikkan semua tindakan kerajaan sejak pilihan raya umum 2008.

Sayap ini juga mengkritik sikap DAP yang seolah-olah lesu terhadap keazaman melaksanakan undang-undang hudud oleh PAS.

"DAP juga telah diperjudikan hak orang Cina dengan menggesa mereka untuk menyokong PAS demi kepentingan politik," katanya.

Pemuda MCA menggesa rakyat sepenuhnya menyokong Barisan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pilihan raya itu.

Resolusi lain termasuk menggesa polis dalam mengukuhkan siasatannya, menyeru kepada rakyat untuk menolak semua bentuk budaya pelampau dan menghukum mereka yang mempunyai niat politik jahat yang menyebabkan keadaan huru-hara.

Artikel Lain