UPP Rampas 1,210 Kotak Rokok - Semasa | mStar

UPP Rampas 1,210 Kotak Rokok

ALOR SETAR: Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) Kuala Kedah merampas 1,210 slop rokok pelbagai jenama dari sebuah stor, kedai dan van di Kampung Tok Arang, Jalan Changlun-Kodiang di sini, Khamis.

Komander UPP Kedah Abdul Latif Abdul Rahman berkata selepas menerima maklumat orang awam, pihaknya terus menyerbu stor itu dan merampas 895 slop rokok sebelum ke sebuah kedai kira-kira 400 meter dari lokasi pertama serta merampas 20 slop rokok.

"Sebuah van dengan muatan 295 slop rokok yang berada di depan kedai turut dirampas bersama muatan rokok," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata pihaknya menahan seorang wanita berumur 26 tahun, yang dipercayai pemilik kedai itu, dan menyerahkan suspek kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut. "Ketika serbuan dilakukan, seorang lelaki berumur 30-an yang merupakan pemandu van tersebut sempat melarikan diri manakala di stor simpanan rokok, kita tidak menemui sesiapa di situ," katanya.

Abdul Latif berkata rokok itu dipercayai dari kawasan bebas cukai dan nilai keseluruhan sebelum cukai ialah RM20,945 manakala nilai cukai terlibat ialah RM88,246.

Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denada 10 kali ganda nilai duti kastam atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wanita Pertahan Siar Gambar Erotik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain