Barangan Kemas Bernilai Lebih RM50,000 Dilarikan Perompak

IPOH: Empat lelaki bersenjatakan pistol dan tiga tukul besi melarikan barangan kemas bernilai lebih RM50,000 daripada sebuah kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini, Rabu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Mohd Dzuraidi Ibrahim berkata, ketika kejadian pada pukul 1.15 petang itu, hanya pemilik kedai, pekerja dan pengawal keselamatan berada dalam kedai itu.

"Pengawal keselamatan dan pekerja premis itu diacukan pistol dan mengarahkan mereka baring di atas lantai," katanya ketika di hubungi pada Rabu.

Beliau berkata, tiga daripada lelaki itu bertindak memecahkan cermin pameran emas menggunakan tukul besi sebelum melarikan diri bersama barangan kemas dengan menaiki dua motosikal yang diletakkan di hadapan premis.

Dzuraidi berkata, polis kini memburu kesemua suspek yang dipercayai rakyat tempatan dan akan meneliti rakaman CCTV yang dipasang dalam premis berkenaan.

Polis menemui sebuah motosikal berhampiran Gunung Cheroh, di sini, dua jam selepas kejadian dipercayai ditinggalkan seorang daripada perompak berkenaan, katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Artikel Lain