300 Petugas Di Bangunan LHDN Di Kg Attap Gempar Panggilan 'Bom' - Semasa | mStar

300 Petugas Di Bangunan LHDN Di Kg Attap Gempar Panggilan 'Bom'

KUALA LUMPUR: Kira-kira 300 petugas di bangunan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Kuala Lumpur, Kampung Attap di sini digemparkan pada Isnin dengan panggilan mengenai "lima butir bom" akan diletupkan.

Panggilan tersebut diterima oleh seorang operator telefon LHDN kira-kira pukul 9.30 pagi mengakibatkan petugas di bangunan bergegas mengosongkan bangunan setinggi 21 tingkat itu.

Seorang pekerja Kumpulan Wang Simpanan Guru yang ditempatkan di bangunan berkenaan, Aishah Salim berkata, beliau difahamkan operator telefon tersebut menerima panggilan yang mengatakan terdapat bom dalam salah satu pejabat LHDN di bangunan itu yang akan meletup pukul 10.30 pagi.

"(Lelaki) Pemanggil tersebut mengatakan beliau tidak suka LHDN dan akan meletupkan pejabat LHDN yang terletak di tingkat 20 dan 21," kata Aishah, 40, kepada pemberita.

Ekoran itu, pihak pengurusan bangunan terus mengarahkan bangunan dikosongkan sebelum menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis menerima maklumat mengenai bom itu daripada seorang pegawai keselamatan bangunan tersebut pukul 10.11 pagi sebelum menghantar unit bom ke tempat kejadian.

"Unit bom telah membuat 'flushing' di tempat kejadian dan kita juga arahkan semua staf untuk meninggalkan bangunan tersebut.

"Siasatan di tempat kejadian kemudiannya tidak menjumpai apa-apa yang disyaki dan pekerja dibenarkan memasuki bangunan semula," katanya dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama. - BERNAMA

Artikel Sebelum

289 Terima Darjah Kebesaran Persekutuan 2012

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain