suria

Polis Sedia Hadapi Banjir

PETALING JAYA: Pasukan polis trafik bersedia menghadapi banjir kilat di Lembah Klang apabila hujan lebat dijangka berterusan dalam tempoh dua minggu akan datang.

Timbalan Ketua Polis Trafik Selangor, Supt Azmi Mansor berkata, polis sedang bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat bagi mengendalikan kesesakan lalulintas.

"Jika berlaku banjir kilat, kita akan segera menghantar anggota ke kawasan yang terjejas.

"Kami berhasrat untuk mengekalkan ketenteraman dan menjaga kesesakan lalu lintas pada tahap minimum," katanya pada Rabu.

DSP Azmi berkata, pasukannya telah diberi taklimat mengenai apa yang diharapkan dan apa yang mereka perlu lakukan.

Jelas beliau, trafik akan segera dialihkan sekiranya banjir kilat berlaku dan berharap pemandu dan pengguna jalan raya yang lain supaya bersabar jika mereka terperangkap dalam kesesakan.

Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asst Comm Rusli Mohd Noor berkata, pihaknya telah berkerjasama rapat dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA).

"Kami mempunyai tenaga kerja yang cukup untuk menggunakan kakitangan bagi menguruskan banjir kilat," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Lain