suria

MAS Tawar Semula Laluan Perh-Kota Kinabalu

MELBOURNE: Malaysia Airlines akan memperkenalkan semula perkhidmatan langsung antara Perth dan Kota Kinabalu, dari 10 Disember yang akan melengkapi 10 penerbangan mingguan tanpa henti semasa Perth-Kuala Lumpur.

Perkhidmatan tanpa henti baharu itu akan beroperasi sekali seminggu dengan penerbangan dari Perth berlepas setiap Isnin pada jam 12.40 pagi dan tiba di Kota Kinabalu pada jam 6.25 pagi manakala penerbangan dari Kota Kinabalu berlepas pada jam 6.00 petang setiap Ahad dan tiba di Perth pada jam 11.25 malam hari yang sama, demikian menurut syarikat penerbangan itu di dalam satu kenyataan.

Perkhidmatan itu akan beroperasi menggunakan pesawat B737-800 yang menyediakan kelas dengan 160 tempat duduk, 16 tempat duduk kelas perniagaan dan 144 tempat duduk kelas ekonomi.

Malaysia Airlines menawarkan tambang kelas ekonomi penerbangan pengenalan bagi semua bayaran yang bermula dari A$538 bagi perjalanan dari Perth ke Kota Kinabalu dan sebaliknya.

Tawaran itu dijual sehingga akhir bulan ini dan tambang runcit biasa juga tersedia pada Reservation Malaysia Airlines di 132 627, www.malaysiaairlines.com dan agen pelancongan. BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain