Pemandu Teksi Ditemui Mati Ditikam - Semasa | mStar

Pemandu Teksi Ditemui Mati Ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan kecederaan pada kepala di tanah perkuburan Kristian di Jalan Kuari, Taman Midah, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohan Singh Tara Singh berkata mayat lelaki warga tempatan itu ditemui oleh orang awam kira-kira pukul 7.30 malam.

"Mangsa berusia lingkungan 40-an itu ditemui terbaring di tepi jalan di tanah perkuburan itu manakala teksinya dijumpai kira-kira 200 meter dari tempat kejadian. Saya percaya mangsa diarah memandu ke tanah perkuburan itu sebelum berlaku rompakan, pergelutan dan mangsa yang ditikam cuba melarikan diri," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata terdapat kesan darah di tempat duduk pemandu dan polis turut menemui dua bilah pisau pemotong sayur di lokasi kejadian iaitu satu dijumpai di dalam teksi dan satu lagi berhampiran mangsa.

"Dua bilah pisau itu diserahkan kepada pihak forensik yang akan memastikan sama ada ia ada hubungkait dengan kes itu," kata Mohan, sambil menambah bahawa polis percaya lebih daripada seorang suspek terlibat dalam kes itu.

Mayat yang ditemui tanpa pengenalan diri itu telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain