suria

Calon Pro-Aspirasi Di UUM Menang 22 Kerusi Tanpa Bertanding

PETALING JAYA: Pilihan raya kampus Universiti Utara Malaysia (UUM) pada Selasa menyaksikan calon Pro-Aspirasi menang tanpa bertanding 22 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan.

Perkara ini disahkan Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar UUM, Prof Madya Dr Mohd Amy Azhar Mohd Harif kepada Berita Harian.

Beliau turut menjangkakan calon Pro-Aspirasi akan menang sekurang-kurangnya sembilan lagi kerusi apabila calon mereka bertemu sesama sendiri dalam pilihan raya tersebut.

"Berdasarkan pencalonan, hanya 11 kerusi bakal menyaksikan pertandingan hari ini iaitu lapan kerusi umum membabitkan 12 calon, serta tiga lagi membabitkan sembilan calon.

"Tiga kerusi pusat pengajian terbabit ialah Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan, Pusat Pengajian Kerajaan dan Pusat pengajian Antarabangsa," katanya.

Seramai 19,000 pelajar bakal mengundi bagi semua kerusi yang dipertandingkan secara dalam talian.

Artikel Lain