Polis Temerloh Tahan 21 Lelaki, Rampas 98 Mesin Judi - Semasa | mStar

Polis Temerloh Tahan 21 Lelaki, Rampas 98 Mesin Judi

TEMERLOH: Polis Temerloh merampas 98 buah mesin judi berkomputer dalam serbuan ke atas lapan buah premis di sekitar bandar Mentakab, di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood berkata dalam serbuan itu, polis menahan 21 lelaki berumur di antara 18 hingga 66 tahun termasuk lapan daripadanya adalah penjaga premis tersebut.

Menurutnya polis turut merampas 98 unit komputer yang kesemuanya bernilai RM30,000 daripada premis-premis berkenaan.

Beliau berkata premis-premis itu berselindung di sebalik nama kafe siber yang turut dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu khas bagi melarikan diri daripada pihak berkuasa.

"Premis-premis yang baharu dibuka seminggu itu masih belum sempat mengaut keuntungan dan ia merupakan kejayaan polis Temerloh dalam usaha membanteras kegiatan judi komputer di daerah ini, tahun ini," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Zundin berkata kesemua yang ditangkap itu akan didakwa mengikut Seksyen 4(B)(a) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 4(1)(b) Enakmen Hiburan 1993 yang boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun jika sabit kesalahan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Bersatu umum keluar Pakatan Harapan