suria

PM Tiba Di Brunei Hadiri Perkahwinan Diraja

BANDAR SERI BEGAWAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini bagi menghadiri Majlis Santapan Diraja sempena perkahwinan anakanda Sultan Brunei Darussalam, malam Ahad.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei pada pukul 5 petang tadi disambut Menteri Tenaga Brunei Darussalam Pehin Dato Dr Mohammad Yasmin Umar dan Menteri Luar dan Perdagangan Kedua negara berkenaan Pehin Datuk Lim Jock Seng.

Sejurus tiba di hotel penginapannya, Najib disambut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Datuk Abdullah Sani Omar dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Perdana Menteri dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan menghadiri Majlis Santapan Diraja di Istana Nurul Iman sempena perkahwinan puteri Sultan Brunei Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah dan Pengiran Muhammad Ruzaini yang dijadual 8 malam.

Istiadat persandingan mempelai diraja itu berlangsung penuh meriah dan beradat pagi Ahad selepas diijabkabul pada Khamis. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain