Permohonan Maaf Ngeh Langkah Psikologi 'Kawal Kerosakan' - Salleh - Semasa | mStar

Permohonan Maaf Ngeh Langkah Psikologi 'Kawal Kerosakan' - Salleh

KENINGAU: Timbalan Ketua Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan tindakan pengerusi DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham yang memohon maaf melalui akaun Tweeternya berhubung komennya mengenai bantahan terhadap penyiaran sebuah filem anti-Islam, sebagai langkah psikologi untuk mengawal kerosakan, dan tidak ikhlas.

Beliau berkata Ngeh sepatutnya segera memohon maaf selepas menyiarkan komennya yang menyifatkan perbuatan umat Islam di negara ini membantah penyiaran filem berkenaan sebagai tindakan membuang masa, bukan mengambil masa untuk berbuat demikian.

Katanya walaupun Ngeh memohon maaf kemudiannya, hakikat yang tidak boleh diubah ialah beliau pada mulanya berdegil dan enggan memohon maaf berhubung kenyataannya yang mempersoal reaksi umat Islam terhadap filem bertajuk "Innocence of Muslims" itu.

Sambil menyelar Ngeh kerana tidak peka terhadap perasaan umat Islam, Salleh berkata Ngeh hanya memohon maaf selepas dikritik banyak pihak, khususnya umat Islam.

"Jelas sekali, ini lebih merupakan psikologi bagi mengawal kerosakan. Ia hanya dibuat setelah memikirkan akibat daripada perbuatannya itu. Ngeh menarik balik kenyataannya melalui Tweeter itu apabila didesak berbuat demikian kerana takut akibat yang akan ditanggungnya daripada segi politik.

"Komen Ngeh itu mencerminkan belang sebenar para pemimpin DAP. Bayangkanlah sekiranya DAP berkuasa. Sekarang pun, seperti yang terpamer melalui tweet Ngeh, para pemimpin DAP tidak peka terhadap perasaan orang lain, terutama umat Islam," kata Salleh ketika berucap pada satu majlis anjuran Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO) Cawangan Keningau di Kampung Kota Ayangan, dekat sini, pada Sabtu.

Perhimpunan itu turut dihadiri Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Sairin Karno, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan, dan Adun Bingkor Datuk Justin Guka.

Dalam tweetnya tiga hari lepas, Ngeh dikatakan mempersoal hasrat ketua Pemuda Umno Khairy Jamaludin untuk mengadakan bantahan terhadap penerbitan filem itu dan bertanya sama ada umat Islam membuang terlalu banyak masa dan tenaga berkaitan isu itu.

Filem bajet rendah arahan Sam Bacile dari California itu menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan mencetuskan bantahan besar-besaran di seluruh dunia Islam.

Sementara itu, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata sebagai sebuah badan bukan kerajaan, USBO yang menyokong Barisan Nasional (BN), menyatakan sokongannya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau juga menggesa golongan muda, khususnya daripada masyarakat Bajau di Sabah, supaya mendaftar sebagai pengundi dan menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya umum akan datang. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Perenang Selat Inggeris Dedikasi Kejayaan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain