suria

Pelepasan Cukai Untuk Penyumbang Koleksi Muzium

Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail (tengah) semasa melihat Buku "Batik Malaysia Design and Inovation 1960an-1990an" yang telah diserahkan oleh Pengarang Buku yang juga merupakan Pemegang Amanah dan Kurator Tamu Pameran Batik Ela : Reka Corak da Inovasi 1960an-1990 an pada tahun 2011 Raja Datin Paduka Fuziah Raja Uda (kanan) pada majlis Penghargaan dan Penyerahan Koleksi Sampel Batik Ela dan Pakaian Batik dari Era 1960-an hingga 1990-an kepada JMM sebagai Koleksi Pameran di Muzium Tekstil Negara, Khamis. Turut kelihatan Pengarah Muzium Tekstil Negara, Janet Tee Siew Mooi. -fotoBERNAMA
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail (tengah) semasa melihat Buku
Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Ibrahim Ismail (tengah) semasa melihat Buku "Batik Malaysia Design and Inovation 1960an-1990an" yang telah diserahkan oleh Pengarang Buku yang juga merupakan Pemegang Amanah dan Kurator Tamu Pameran Batik Ela : Reka Corak da Inovasi 1960an-1990 an pada tahun 2011 Raja Datin Paduka Fuziah Raja Uda (kanan) pada majlis Penghargaan dan Penyerahan Koleksi Sampel Batik Ela dan Pakaian Batik dari Era 1960-an hingga 1990-an kepada JMM sebagai Koleksi Pameran di Muzium Tekstil Negara, Khamis. Turut kelihatan Pengarah Muzium Tekstil Negara, Janet Tee Siew Mooi. -fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Penyumbang koleksi warisan kepada muzium akan mendapat pelepasan cukai berdasarkan nilai sumbangan barangan yang akan ditaksir Jabatan Muzium Malaysia (JMM), kata pengarahnya Datuk Ibrahim Ismail.

Beliau berkata barangan koleksi seperti batik, songket dan artifak akan dibuat taksiran terlebih dahulu bagi menentukan nilai sebenarnya bagi tujuan pengecualian cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.

"Melalui penilaian tersebut, para penyumbang akan diberikan sijil untuk mereka kemukakan kepada LDHN bagi tujuan pengesahan pengecualian cukai," katanya selepas menghadiri Majlis Penghargaan dan Penyerahan Koleksi Sampel Batik Ela dan Pakaian Batik dari Era 1960-an hingga 1990-an, di sini, Khamis.

Majlis penyerahan itu adalah untuk koleksi pameran di Muzium Tekstil Negara sekaligus menjadikan muzium tersebut sebagai rujukan pembelajaran kepada orang ramai mendapatkan sumber maklumat dan pengetahuan mengenai batik ela secara berpusat.

Penyerahan sebanyak 1,445 koleksi batik itu dipilih daripada arkib empat pengumpul persendirian dari Kuala Lumpur dan Kota Bharu, Kelantan.

Ibrahim berkata pihak korporat juga boleh memberi sumbangan kepada pembangunan muzium di negara ini dalam bentuk membeli koleksi dan kemudian menyumbangkannya kepada muzium.

Melalui pelaburan itu, mereka akan disenaraikan untuk dibuat taksiran jumlah amaun harga sumbangan mereka untuk diberikan pengecualian cukai.

"Ini merupakan satu insentif kerajaan bagi menggalakkan budaya sayangkan khazanah negara dan sekaligus menambahkan koleksi muzium untuk tontonan pelancong dalam dan luar negara," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain