suria

Pemuda Umno Kesal Penuntut IPT Terbabit Insiden Tukar Bendera

JOHOR BAHARU: Pemuda Umno meluahkan rasa kesal dengan pembabitan anak muda dipercayai penuntut institusi pengajian tinggi (IPT), dalam perbuatan mengibar bendera 'ganti' Jalur Gemilang pada Khamis lepas.

Pengerusi Biro IPT sayap itu Syahrin Md Jamaludin berkata perbuatan sedemikian merendahkan nilai diri mereka sebagai mahasiswa.

"Kami mengecam sekeras-kerasnya perbuatan itu dan kita mahu mereka yang terlibat dibawa ke muka pengadilan. Bendera adalah panji-panji, tetapi bila sewenang-wenangnya diubah, itu merupakan tindakan yang sangat biadab," katanya kepada pemberita, di sini, Isnin.

Syahrin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau mengulas tindakan segelintir anak muda yang menyertai Himpunan Janji Bersih pada malam ambang kemerdekaan di ibu kota pada malam Khamis lepas, mengibarkan bendera yang dikatakan sebagai ganti Jalur Gemilang.

Mengulas lanjut, Syahrin berkata tindakan tersebut mencabuli kedaulatan Jalur Gemilang.

Beliau meminta golongan muda di negara ini agar mengingat sejarah agar tidak diperkuda pihak yang mahu mengadu domba untuk menggugat keamanan negara. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain