suria

Keadaan Di Dataran Merdeka Terkawal

KUALA LUMPUR: Orang ramai berkumpul secara aman di hadapan Kelab Diraja Selangor pada malam sebelum sambutan ambang kemerdekaan.

Turut kelihatan peniaga menjual gula-gula kapas, lampu hiasan dan belon.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai Himpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka selepas mengisytiharkan perhimpunan itu sebagai haram kerana tidak mendapat permit daripada polis atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kelibat anggota polis dan pegawai DBKL turut kelihatan di Dataran Merdeka.

Sementara itu, perarakan Merdeka untuk Jalan Sultan anjuran komuniti Jalan Sultan dan Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCHA) bermula dari Gospel Hall, Jalan Hang Jebat menerusi Jalan Sultan sebelum tiba di Dataran Merdeka selepas pukul 10 malam.

Kumpulan tersebut menyuarakan keprihatinan terhadap pemeliharaan bangunan warisan di Jalan Sultan untuk pembinaan projek MRT.

Polis dalam keadaan bersiap sedia untuk mengelak sebarang insiden tidak diingini daripada berlaku dan mengawal lalu lintas untuk mengatasi kesesakan.

Pengunjung semakin ramai pada pukul 11 malam menjelang sambutan ambang merdeka.

Beberapa pengunjung yang memakai baju dan skarf berwarna kuning turut kelihatan.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabtu juga dilihat berada di sekitar Dataran Merdeka.

Artikel Lain