suria

Kastam Dan Polis Sabah Rampas Bunga Api, Mercun Bernilai RM800,000

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia cawangan Sabah dan Polis Diraja Malaysia di negeri ini berjaya merampas sejumlah 31,800 paket bunga api dan mercun dengan nilai pasaran dianggarkan RM800,000 sepanjang Ops Letup 2 selama tiga minggu bermula 27 Julai lepas.

Pengarah Kastam Negeri Sabah Dr Janathan Kandok berkata dalam operasi itu, 11 orang ditangkap termasuk seorang warga Pakistan yang kesemuanya berumur antara 22 dan 58 tahun.

"Kesemua tangkapan hanya melibatkan pembekal dan penjual bunga api dan mercun sahaja dan tiada tangkapan melibatkan individu yang membakar mercun.

"Kesemua tangkapan itu dibuat di kawasan Likas, Inanam, Tuaran, Papar dan Kota Belud," katanya pada sidang media di sini Jumaat.

Janathan berkata operasi bersepadu Ops Letup 2 itu membabitkan 29 anggota kastam dan 22 anggota polis dari daerah Kota Kinabalu dan Penampang. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Warga Iran Maut Ditikam

Artikel Lain