Polis Seremban Beri Nombor Khas Untuk Lapor Balik Raya Di Kampung - Semasa | mStar

Polis Seremban Beri Nombor Khas Untuk Lapor Balik Raya Di Kampung

SEREMBAN: Polis daerah Seremban menyediakan dua nombor telefon untuk kemudahan penduduk memberikan maklumat sebelum meninggalkan rumah berHari Raya di kampung atau luar daerah.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Saiful Azly Kamaruddin berkata mereka hanya perlu memberikan maklumat nama, alamat rumah, nombor telefon bimbit dan tempoh percutian Aidilfitri mereka apabila menghubungi nombor berkenaan.

Untuk talian tetap bilik gerakan polis, nombornya ialah 06-6014999 atau untuk khidmat pesanan ringkas, nombor yang diberikan 012-6062702.

Satu lagi pilihan ialah dengan menghubungi balai polis terdekat untuk memudahkan pemantauan polis dalam usaha mengurangkan jenayah di kawasan perumahan semasa cuti perayaan, katanya di sini Selasa.

Saiful Azly berkata selain polis, orang ramai juga boleh memaklumkan kepada Kawasan Rukun Tetangga (KRT) dan Skim Rondaan Sukarela (SRS) di kawasan masing-masing.

"Tahun lepas, apabila kita buat macam ini, kawasan perumahan yang tiada KRT dan SRS paling banyak berlaku kejadian pecah rumah, manakala mereka yang memaklumkan kepada kami serta KRT dan SRS, tiada kejadian pecah rumah," katanya. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

Artikel Lain