suria

Kastam Sabah Rampas Bunga Api & Mercun Bernilai RM390,000

KOTA KINABALU: Kastam Sabah merampas 16,741 bungkusan mengandungi pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai RM390,000 dengan cukai RM46,377.18 dalam serbuan di dua buah rumah di Taman BDC Kolombong, Inanam dekat sini Jumaat lepas.

Pengarah jabatan itu Dr Janathan Kandok berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki berusia 57 tahun untuk membantu siasatan.

"Mengikut pemerhatian awal, kami mendapati rumah yang tidak berpenghuni itu dijadikan sebagai stor menyimpan bekalan mercun dan bunga api sebelum diserahkan kepada pembeli," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Kandok berkata dalam serbuan pertama, Kastam merampas kira-kira 1,932 paket mercun dan bungan api dengan anggaran nilai pasaran RM40,000 dan cukai yang terlibat ialah RM4,474.54.

Sementara itu, serbuan kedua menyaksikan rampasan 14,809 paket barangan seludup mencecah RM350,000 dengan cukai terlibat RM41,902.64. - BERNAMA

Artikel Lain