Abang Chong Wei Akan Berlepas Ke London Beri Sokongan - Semasa | mStar

Abang Chong Wei Akan Berlepas Ke London Beri Sokongan

Chong Hoon (kanan) meraikan kejayaan Chong Wei sambil mendukung anaknya Marcus yang berusia tujuh bulan.
Chong Hoon (kanan) meraikan kejayaan Chong Wei sambil mendukung anaknya Marcus yang berusia tujuh bulan.

PUCHONG: Abang sulung kepada Datuk Lee Chong Wei akan berlepas ke London untuk menyaksikan adik kesayangannya itu beraksi di final acara perseorangan lelaki.

Lee Chong Hoon berkata, dia dan rakan adiknya itu akan menempah tiket penerbangan dengan segera.

"Demi keluarga dan semua rakyat Malaysia, kami berharap beliau akan membawa pulang pingat emas pertama buat negara," kata Chong Hoon, 38.

Dia ditemui pada majlis “Support Lee Chong Wei: Golden Road to London” yang diadakan di The Geographer Adventure Restaurant & Bistro di sini, malam Jumaat.

Katanya, Chong Wei sudah melakukan persediaan secukupnya untuk Sukan Olimpik walaupun mengalami kecederaan di pergelangan kaki ketika kejohanan Piala Thomas pada 22 Mei lalu.

Dia berkata, sekiranya Chong Wei tewas di final, keluarga dan rakan-rakannya ada di sana menyokong beliau.

"Namun, kita tahu dia sudah memberikan aksi terbaik pada pertandingan itu," katanya yang memberitahu ibu mereka sudah berada di sana untuk menyokong Chong Wei.

Chong Hoon bersama-sama dengan penyokong Chong Wei bersorak, memberikan tepukan gemuruh dan mengibarkan bendera Malaysia apabila pemain badminton itu mengutip mata.

Chong Wei menewaskan pemain muda China, Chen Long pada perlawanan yang disiarkan secara langsung pada pukul 8.30 malam, Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

14 ciri WhatsApp yang mungkin anda tak tahu

Ibu muda lahirkan bayi kembar tujuh

JDT rampas kedudukan pendahulu Liga Super