suria

Bayi Kembar Siam Berjaya Dipisahkan

Azli melawat kedua-dua anaknya di wad pediatrik HKL.
Azli melawat kedua-dua anaknya di wad pediatrik HKL.
Azli melawat kedua-dua anaknya di wad pediatrik HKL.

KUALA LUMPUR: Ia merupakan saat penuh emosi dan hadiah Hari Raya yang tidak akan dilupakan seorang mekanik, Azli Sabran dan keluarganya.

Pada Jumaat, anak kembarnya yang bercantum di bahagian tulang pinggul dan turut sama berkongsi tiga kaki berjaya dipisahkan menerusi pembedahan.

Dilahirkan tanpa lubang dubur, Muaiman dan Muaimin turut berkongsi pundi kencing.

Pasukan pakar bedah di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengambil masa selama 24 jam untuk memisahkan mereka.

Muaimin, bagaimanapun, terpaksa memerlukan bantuan kaki palsu manakala Muaiman memiliki kedua-dua kakinya.

Kembar siam yang ke-14 berjaya dipisahkan di hospital tersebut dan ke-21 di negara ini berada dalam keadaan stabil.

Azli, 40, bersyukur kepada Allah dan pakar perubatan kerana berjaya memisahkan kedua-dua anaknya pada 14 Julai.

"Saya berasa sangat lega. Sebelum ini, saya tidak dapat tidur lena kerana bimbang memikirkan mengenai pembedahan ini.

"Tapi sekarang, saya gembira kerana mereka selamat," katanya ketika ditemui di hospital, Jumaat.

Azli yang berasal dari Segamat, Johor berkata, keluarganya menyedari pasangan kembar itu bercantum ketika isterinya mengandung lapan bulan dan pergi melakukan pemeriksaan imbasan.

Walaupun bimbang dan tidak keruan, mereka tidak berputus asa dan sebaik saja pasangan kembar itu lahir 14 April tahun lalu, kedua-duanya melengkapi kehidupan mereka.

Hospital itu turut mengkaji kemungkinan untuk memisahkan mereka dan 19 pakar bedah dan anastetik dengan bantuan pegawai perubatan dan jururawat terlibat dalam melakukan pembedahan tersebut.

Kos pembedahan itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Ketua Jabatan Bedah Pediatrik HKL, Datuk Dr Zakaria Zahari berkata, sekiranya mereka menjalani proses pemulihan dengan baik, pasangan kembar itu boleh menjalani kehidupan seperti biasa.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kejayaan HKL dalam melakukan pembedahan rumit membuktikan ia mampu mencipta sejarah dan menawarkan perkhidmatan pediatrik terbaik.

Artikel Berikut

Artikel Lain