Pemandu Lori Mati Dihempap Kayu Balak - Semasa | mStar

Pemandu Lori Mati Dihempap Kayu Balak

JERANTUT: Seorang pemandu lori maut selepas dua batang kayu balak menggelongsor dan menghempapnya di sebuah kilang Papan Teras Maju, di Jalan Benta-Jerantut, dekat sini.

Kejadian 6 petang semalam itu berlaku ketika Ho Chew, 51, membuka rantai pengikat kayu balak yang dibawa lorinya.

Ketua Polis Jerantut Supt Azid Ismail berkata mangsa yang cedera parah di kepala, mati di tempat kejadian.

"Dua batang balak sepanjang 10 meter dan berukuran ukur lilit tiga meter itu tiba-tiba menggelongsor ke bawah dan menghempapnya," katanya ketika dihubungi di sini, Selasa.

Mayat Ho dihantar ke Hospital Jerantut untuk bedah siasat. "Kes itu diklasifikasikan mati mengejut," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pembangkang Janji Turun Harga Kereta

Artikel Berkaitan

Artikel Lain