suria

Mohamed Razak Letak Jawatan Sebagai CEO & Pengarah MRCB

KUALA LUMPUR: Datuk Mohamed Razeek Hussain telah meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) dan pengarah Malaysian Resources Corp Bhd (MRCB).

Dalam satu kenyataan pada Selasa, MRCB berkata hari terakhir Mohamed Razeek dengan syarikat itu adalah pada 17 Ogos 2012.

MRCB berkata lembaga pengarah akan berkerjasama dengan Mohamed Razeek sepanjang tempoh peralihan ini.

"Operasi hari ke hari di antara bahagian kekal seperti biasa di bawah ketua bahagian/naib presiden masing-masing," katanya.

Mohamed Razeek telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah MRCB pada 1 Disember 2009.

Beliau menyertai MRCB sebagai ketua pegawai operasi pada Jun 2009 dan dinaikkan pangkat sebagai CEO pada 1 Disember 2009. - BERNAMA

Artikel Lain