suria

Mayat Pekerja Kilang Ditemui Terapung

BUTTERWORTH: Mayat seorang lelaki yang bekerja di sebuah kilang di sini ditemui terapung di Sungai Perai pada kira-kira 4 petang ini.

Jurucakap polis berkata mayat Rosli Abdul Rahim, 41, yang beralamat di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah ditemui seorang lelaki yang lalu di kawasan itu.

"Polis percaya mangsa, yang memakai seluar jeans dan t-shirt warna gelap, telah meninggal dunia lebih 24 jam kerana keadaan badannya yang sudah reput," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan sedang dijalankan bagi mengetahui punca sebenar kematian mangsa dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi balai polis berdekatan. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain