Pemandu Nafi Dakwaan Wan Azizah Mengenai Belanja Dana GTP - Semasa | mStar

Pemandu Nafi Dakwaan Wan Azizah Mengenai Belanja Dana GTP

KUALA LUMPUR: Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) menafikan tuduhan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bahawa Putrajaya membelanjakan 71 peratus daripada dana Program Transformasi Kerajaan (GTP) untuk meningkatkan persepsi orang ramai terhadap polis dan bukannya untuk membanteras jenayah.

Menurut Pemandu, kenyataan yang dibuat oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu 'salah sama sekali dan tidak bertanggungjawab' .

"Datuk Seri Wan Azizah sepatutnya mengesahkan terlebih dahulu fakta-fakta beliau sebelum mengeluarkan kenyataan kepada media dengan maksud untuk mengelirukan orang awam di Malaysia tentang kerja dan kemajuan sebenar dicapai di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Negara) bagi Pengurangan Jenayah," kata Pengarah NKRA bagi Pengurangan Jenayah, Eugene Teh Yee.

Beliau menjelaskan bahawa Pemandu di bawah Jabatan Perdana Menteri hanya memperuntukkan 0.75 peratus atau RM 1.8 juta daripada dana GTP bagi program kesedaran awam dan media.

Peruntukan tersebut digunakan untuk memberitahu dan mengemaskini maklumat kepada rakyat mengenai inisiatif dan program yang telah dikenal pasti serta dilaksanakan untuk mencegah jenayah dan menjadikan jalan-jalan di Malaysia lebih selamat dan terjamin, katanya pada majlis taklimat media di sini, Khamis. "Kita percaya bahawa Wan Azizah telah secara silap mengambil kira kos bagi menempatkan pegawai polis di kawasan awam sebagai perbelanjaan untuk usaha perhubungan awam. Ini tidak betul sama sekali kerana kos berkenaan adalah digunakan bagi melaksanakan inisiatif menempatkan semula pegawai-pegawai polis," katanya.

Teh juga menjelaskan bahawa pengumpulan data selama ini diletakkan di bawah tanggungjawab pasukan Polis Diraja Malaysia.

"Pemandu tidak pernah mengambil alih peranan polis dalam bidang ini. Peranan Pemandu dalam NKRA Pengurangan Jenayah tidak membabitkan proses mengumpulkan perangkaan jenayah.

"Peranan kami ialah bagi memastikan bahawa data tersebut diperoleh, konsisten dan telus kepada rakyat. Untuk tujuan ini kami memperoleh perangkaan daripada PDRM dan kemudian menyalurkan perangkaan tersebut kepada media pada setiap bulan," katanya.

Beliau membuat penjelasan mengenai laporan media yang tidak tepat baru-baru ini yang memberi pengertian bahawa inisiatif jenayah GTP gagal mencapai hasil dan sebaliknya menyebabkan lebih banyak berlakunya jenayah di jalanan.

Laporan ini seolah-olah menyatakan bahawa Pemandu bertanggungjawab mengumpul data tentang jenayah, dan mungkin telah mengubah cara bagaimana data itu dikumpulkan. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain