suria

Ugutan Simbah Asid: Tiga Pemimpin PKR Buat Laporan Polis

KUALA LUMPUR: Tiga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Selasa membuat laporan polis mengenai ugutan akan disimbah asid, yang mereka terima menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).

Naib Presiden PKR N. Surendran, Ketua cabang PKR Puchong S.Morali dan setiausahanya S. Gobi Krishnan membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Travers pada pukul 3 petang dengan ditemani Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar serta seorang peguam.

Surendran memberitahu pemberita selepas membuat laporan itu bahawa beliau percaya SMS ugutan tersebut dibuat oleh pihak yang tidak senang dengan kenyataan yang dikeluarkannya dalam sebuah akhbar berbahasa Tamil pada Selasa. - BERNAMA

Artikel Lain