suria

Lelaki Maut Terjatuh Ketika Sedang Cat Bangunan

GEORGE TOWN: Seorang lelaki warga Myanmar maut akibat terjatuh ketika sedang mengecat bangunan di Jalan Burma, di sini, Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pada kejadian 6.30 petang itu, Abdul Rahman Sultan Ahmad, 54, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan bahunya.

"Mangsa dipercayai tergelincir dari pelantar tempatnya berdiri ketika sedang melakukan kerja mengecat dinding sebuah bangunan milik syarikat swasta berkenaan," katanya kepada pemberita di sini Isnin.

Gan berkata mayat lelaki berstatus pelarian itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat dan siasatan awal mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut. - BERNAMA

Artikel Lain