suria

Lelaki Didapati Bersalah Bunuh Kekasih Isterinya

MELBOURNE: Seorang lelaki Indonesia didapati bersalah membunuh kekasih isterinya yang merupakan warga Malaysia dalam kejadian yang disifatkan sebagai pembunuhan bagi menjaga maruah keluarga di Sydney, Australia.

Hazairin Iskandar disabitkan oleh juri Mahkamah Agung New South Wales, bagi kesalahan menikam hingga mati Mohd Shah Saemin di luar unit kediaman Shah di Leichhardt di Sydney pada malam 21 Feb, 2010, menurut laporan the Australian Associated Press.

Hazairin melancarkan serangan maut itu selepas mendapati Shah, 43, menjalin hubungan sulit dengan isterinya Nita, rakan sekerjanya di Konsulat Malaysia di Sydney.

Jatuh hukum dijadualkan pada 14 September.

Isteri dan anak lelaki Hazairin telah disabitkan dan dijatuhi hukuman bagi pembabitan mereka dalam pembunuhan itu. -BERNAMA

Artikel Lain