Kartunis Mampu Menyumbang Kepada Perpaduan, Keharmonian Negara - PM - Semasa | mStar

Kartunis Mampu Menyumbang Kepada Perpaduan, Keharmonian Negara - PM

KUALA LUMPUR: Kartunis dan animator di negara ini mampu menyumbang terhadap keharmonian dan perpaduan negara dengan menghasilkan karya-karya yang mempunyai mesej dan nilai-nilai murni.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dalam menghiburkan masyarakat, golongan ini boleh menerapkan dasar-dasar kerajaan melalui karektor dan cerita yang dipaparkan dalam karya mereka.

"Peranan kartunis dan animator cukup besar. Mereka boleh ungkapkan Gagasan 1Malaysia dan terapkan agenda transformasi kerajaan melalui cerita yang dipaparkan dalam perspektif menghiburkan.

"Contohnya menghasilkan karya-karya yang jelas tentang kehidupan masyarakat di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum dan budaya," katanya ketika menghadiri Program Anda, PM dan Kartun yang diadakan di Pasar Seni, dekat sini, Ahad.

Hadir sama Pengerusi Kolej Polytech MARA, Datuk Suhaimi Shahdan dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Perdana Menteri berkata kejayaan ramai kartunis, komikus dan animator di negara ini di peringkat antarabangsa menandakan golongan ini bukan sahaja diiktiraf di peringkat nasional tetapi juga di peringkat global.

Beliau turut memuji Datuk Lat yang berjaya mengangkat karya kartun "The Kampung Boy" sehingga dikenali di peringkat antarabangsa tanpa meninggalkan watak pelbagai bangsa dan budaya.

"Beliau menceritakan bahawa beliau lahir di sebuah kampung Melayu tetapi mempunyai ramai kawan bukan Melayu. Beliau tidak pernah melupakan watak 'Punjabi' dalam penceritaan," katanya.

Najib menjelaskan, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM5 juta berbentuk geran melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diberikan kepada tujuh syarikat yang terlibat dalam bidang kartun dan animasi negara.

Perdana Menteri yang juga pembaca majalah Gila-Gila juga menyokong penuh penubuhan Yayasan Penggiat Kartun 1Malaysia dengan harapan yayasan ini akan melahirkan lebih banyak karya serta produk kreatif.

Menerusi Kelab Putera 1Malaysia, yayasan tersebut akan menerima caruman dana sebanyak RM300,000.

"Saya beri sokongan sepenuhnya kepada penubuhan yayasan ini. Kalau perlu, kerajaan boleh tambah (dana) lagi lepas ini," katanya.

Program ini turut menyaksikan perdana menteri menyampaikan 11 anugerah kepada kartunis, animator dan komikus negara.

Antara yang menerima anugerah ialah Datuk Lat (Anugerah Kartunis Sepanjang Zaman), Hassan Abd Mutalib (Bapa Animasi Malaysia), Reggie Lee (Kartunis Masyarakat Malaysia) dan Zainal Buang Hussein (Tokoh Kartunis Karismatik).

Program anjuran bersama Kelab Putera 1Malaysia itu juga mencatat sejarah "Malaysia Book of Record" apabila ia berjaya mengumpulkan seramai 356 kartunis dari seluruh negara.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain