Pekerja Pusat Kecantikan Ditemui Mati - Semasa | mStar

Pekerja Pusat Kecantikan Ditemui Mati

GEORGE TOWN: Seorang pekerja pusat kecantikan ditemui mati selepas dikatakan terjatuh dari tingkat sembilan sebuah pangsapuri di Jalan Batu Uban, di sini pagi Sabtu.

Sim Leh Hei, 39, yang berasal dari Sungai Puyu, Butterworth ditemui mati terjatuh di atas tangki air kawasan pangsapuri berkenaan kira-kira pukul 4.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata mangsa yang dipercayai mabuk terjatuh dari balkoni rumah teman lelakinya berusia 40-an.

"Menurut teman lelakinya, mangsa datang ke rumahnya malam tadi dan berbual-bual serta mengambil minuman keras sehingga mabuk. Pada pukul 3 pagi dia ingin pulang ke rumahnya di Sungai Puyu," katanya ketika dihubungi di sini, Sabtu.

Katanya lelaki terbabit yang bimbang tentang keselamatan wanita itu menghalang dia pulang dan membawanya ke dalam bilik untuk tidur. "Kira-kira pukul 4.45 pagi, lelaki itu yang sedang tidur terdengar bunyi dentuman kuat dan apabila bangun mendapati teman wanitanya tiada di sisi sebelum bertindak mencarinya dan mendapati mayat wanita terbabit berada di bawah," katanya.

Gan berkata menurut lelaki itu, teman wanitanya tidak menghadapi sebarang masalah dan mereka juga tidak bergaduh.

Katanya polis tidak menolak kemungkinan wanita itu terjatuh akibat mabuk.

"Mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Paras Air Semakin Menyusut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain