suria

Novel Seram Fantasi Karya Penulis 17 Tahun Dilancar

Kathryn Chua Min Xi bersama novel karyanya bertajuk 'Midnight Walking'.
Kathryn Chua Min Xi bersama novel karyanya bertajuk 'Midnight Walking'.
Kathryn Chua Min Xi bersama novel karyanya bertajuk 'Midnight Walking'.

KUALA LUMPUR: Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak pada Sabtu melancarkan 'Midnight Walking', sebuah novel seram fantasi yang julung kalinya ditulis dan diterbitkan di Asia.

Novel itu hasil nukilan penulis berusia 17 tahun, Kathryn Chua Min Xi, seorang warga Malaysia yang dilahirkan di Hong Kong, yang mengambil masa tujuh bulan untuk menyiapkan buku fiksyen remaja itu, meskipun sibuk dengan urusan persekolahannya.

"Saya sentiasa mengimpikan untuk menerbitkan buku sejak saya berumur enam, tujuh tahun, tapi bagi buku ini, saya sedang menikmati cuti musim panas pada 2010 dan membaca beberapa novel genre fantasi seram, dan ini memberi inspirasi kepada saya dan saya merasakan saya boleh menghasilkan novel yang lebih baik," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran itu.

Chua, yang menjalani kehidupan awalnya selama 12 tahun di Kuala Lumpur sebelum berpindah ke Beijing, bandar raya yang didiaminya sejak lima tahun lepas, baru saja menamatkan pengajian di sekolah tinggi dan bercita-cita untuk menjadi penulis sepenuh masa.

Sementara itu, Ketua Perkhidmatan Peruncitan Kewangan, CIMB Bank, Peter England berkata CIMB YOUth, iaitu pengalaman perbankan unik yang dilancarkan tahun lepas bertujuan menggalakkan penyimpanan melalui cara yang menyeronokkan dan memberi ganjaran kepada remaja berumur 12 hingga 23 tahun, berbesar hati untuk memperkenalkan buku itu kepada kalangan remaja.

"Menerusi buku seperti Midnight Walking, kami berharap akan dapat menyemai budaya membaca dalam kalangan remaja. Bank akan turut memberi naskhah hadiah yang diautograf kepada pelanggan CIMB YOUth terpilih bulan depan," katanya.

Midnight Walking berkisar tentang Lucy Pine, seorang remaja yang tanpa diduga telah menjaga seekor gagak setelah burung itu merempuh tingkap rumahnya pada satu malam.

Di luar pengetahuannya, gagak itu sebenarnya bukanlah gagak, sebaliknya sejenis makhluk dipanggil Cyrus yang melenyapkan roh anak gadis. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain