suria

Saham FGVH: Ahmad Maslan Tolak Saham Yang Ditawarkan

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata bahawa beliau ditawarkan saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH) atas dasar beliau terbabit dalam membantu proses penyenaraiannya, namun menolaknya demi membantu peneroka Felda.

"Saya tolak sebab saya dianggap orang yang terlibat dalam membantu penyenaraian (FGVH). Ada klausa di situ, peneroka, staf dan orang yang terlibat dalam penyenaraian (layak dapat saham).

"Saya menolak...pada saya, saya anggota pentadbiran...saya tiada kepentingan kecuali membantu peneroka," katanya kepada pemberita selepas memberikan penerangan mengenai konsep Gagasan IMalaysia di Seminar Pemahaman Wasatiyyah dan Gagasan 1Malaysia peringkat Wilayah Persekutuan di sini, Selasa.

Jelasnya beliau tidak meminta sebarang saham namun ditawarkan untuk memiliki saham tersebut.

Semalam Ahmad memberitahu persidangan Dewan Rakyat bahawa keuntungan yang diperoleh daripada FGVH juga boleh dinikmati orang ramai memandangkan penyenaraian syarikat itu turut melibatkan kerajaan negeri dan pelabur institusi. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain