Bersih 3.0: Empat Mohon Bicara

KUALA LUMPUR: Tiga individu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan bagi tuduhan mengakibatkan kecederaan pada perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Kesemua mereka, Farhan Ibrahim, G.N. Rajesh Kumar dan Tangam Raju mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan menjadi ahli kumpulan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melanggar perintah mahkamah yang dikeluarkan oleh Majistret Zaki Asyraf pada 26 April.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sementara itu seorang lagi peserta demonstrasi Bersih 3.0, Mohd Safuan Mamat, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kecederaan kepada wartawan Mohd Azri Mohd Salleh.

Hakim menetapkan tarikh perbicaraan bagi Farhan, Rajesh dan Tangam pada 2 Julai depan manakala tarikh perbicaraan Mohd Safuan ditetapkan pada 4 hingga 7 September depan.

Klik

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Artikel Lain