suria

Kematian Bayi: Pengasuh Punyai Dua Laporan Polis Terhadapnya Sebelum Ini

BATU PAHAT: Seorang pengasuh yang ditahan berhubung kematian seorang bayi perempuan berusia empat bulan mempunyai dua laporan polis mengenainya berkaitan dengan penderaan kanak-kanak dan kematian mengejut, kata Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.

Beliau berkata, laporan itu dibuat pada tahun 2010 dan awal tahun ini.

Beliau menambah, polis turut menubuhkan satu pasukan petugas untuk menyiasat kes berkenaan.

Mohd Moktar berkata, polis juga merekodkan sebanyak 13 keterangan berkaitan dengan kes itu.

“Suspek mempunyai dua rekod mengenainya sebelum terhadap kelalaian dan penderaan kanak-kanak,” kata beliau.

Ibu tunggal kepada dua anak itu telah ditahan reman pada Jumaat bagi membantu siasatan kes kematian seorang bayi bernama Lim Xin Yao yang menunjukkannya mati kerana lemas.

Polis berkata, bayi itu telah meninggal dunia pada Rabu sebelum mayatnya dijumpai oleh orang awam yang berjogging di sebuah tasik pada kira-kira pukul 7 petang pada Khamis.

Pengasuh itu sebelum itu memberitahu pegawai penyiasdat bahawa dia meninggalkan bayi itu keseorangan dalam kereta Proton Wiranya pada kira-kira pukul 4.30 pagi pada Rabu di Tasik Yas sewaktu dia mahu meletakkan satu kenyataan tentang khidmat pengasuh di sebatang tiang lampu, sejauh lima meter dari kenderaannya.

Dia turut mendakwa secara tiba-tiba telah ditarik oleh tiga lelaki dan memasukkannya ke dalam kereta sebelum memandu ke Stadium Batu Pahat sejauh 1 kilometer.

Katanya, dia melompat keluar apabila kereta tersebut berhenti di stadium namun terjatuh dan pengsan.

Dia dijumpai oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira pukul 7 pagi dan dibawa oleh ambulans ke hospital Batu Pahat.

Artikel Lain