suria

Usia Persaraan Pegawai Kontrak Kemas Dilanjut Ke 60 Tahun

KUALA LIPIS: Usia persaraan untuk pegawai Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang berjawatan kontrak telah dilanjutkan dari 58 tahun kepada 60 tahun, yang menyamai dengan penjawat awam lain.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kira-kira 16,000 pegawai akan menyambung khidmat di Kemas bagi membangunkan negara tanpa perlu bimbang mengenai perkhidmatan mereka akan ditamatkan.

Lanjutan tempoh khidmat itu berkuatkuasa serta merta, kata Shafie selepas menghadiri satu pertemuan bersama rakyat di Kampung Tanjung Gahai di sini.

Artikel Lain