suria

Polis Tahan Lapan GRO Sedang Leka Layan Pelanggan

GEORGE TOWN: Lapan pelayan pelanggan (GRO) termasuk lima warga Indonesia, yang leka melayan pelanggan pusat hiburan di sebuah hotel di Lebuh Light di sini, terkejut apabila premis itu diserbu pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata serbuan dilakukan pada 4.30 petang selepas mendapat maklumat awam dan hasil risikan sepasukan pegawai dan anggota polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7).

"Daripada lapan yang ditahan, lima wanita berkenaan adalah warga Indonesia manakala tiga lagi merupakan orang Sabah, kesemua mereka berusia antara 22 hingga 35 tahun," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata polis turut menahan seorang lelaki warga emas berusia 62 tahun, yang merupakan penjaga pusat hiburan itu, serta lima pelanggan lelaki bagi merekodkan keterangan.

"Ketika serbuan, beberapa wanita yang dipercayai turut menawarkan khidmat seks, dilihat sedang leka melayan pelanggan lelaki manakala yang lain berlegar-legar di dalam premis itu," katanya sambil menambah siasatan juga mendapati premis itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

Gan berkata wanita warga Indonesia itu juga didapati melanggar syarat pas lawatan sosial dan kes mereka disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Peraturan Imigresen 1963. - BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain