suria

Bukitbintang.com Mahu Popularkan Kawasan Beli-Belah Ke Seluruh Dunia

KUALA LUMPUR: Nama Bukit Bintang ditetapkan untuk membuat tanda di seluruh dunia dengan pelancaran portal bukitbintang.com.

Pengasasnya, Chuah Seng Yuan berkata, platform secara dalam talian itu bertujuan untuk menghubungkan pemilik perniagaan di Bukit Bintang dan KLCC dengan seluruh dunia.

"KLCC dan kawasan Bukit Bintang telah ditetapkan sebagai kawasan membeli-belah di bawah Program Transformasi Ekonomi," katanya pada pelancaran portal di Bukit Bintang di sini.

Beliau menambah, portal tersebut dapat menyediakan maklumat yang relevan, tawaran membeli-belah dan pelbagai perkhidmatan lain termasuk penerbangan, hotel dan kereta serta penyenaraian harta kepada para pelancong.

"Kami mempunyai nama ini secara ‘domain’ selama lapan tahun. Kami cuba untuk mempopularkan tetapi tidak berjaya kerana penembusan Internet tidak begitu luas seperti hari ini.

"Dengan kemunculan media sosial seperti Facebook, kami merasakan sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk melancarkan domain (Bukitbintang.com)," kata Chuah, 39, yang merupakan seorang bekas pegawai bank pelaburan.

Tambahnya lagi, beliau sedang giat bekerjasama dengan 'rakan kongsi strategik dalam talian Bukitbintang.com termasuk PropertyGuru.com.my, KL Hunter, Avis Sewa Kereta, Mydeal.com.my dan Vouchers.my serta Mercy Malaysia, yang komited menjadi rakan tanggungjawab sosial korporat.

Satu karnival secara kecil-kecilan diadakan bersempena dengan pelancaran.

Artikel Lain