suria

Pegawai DBKL, Polis Pantau Kawasan Berhampiran Rumah Ambiga

KUALA LUMPUR: Pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan polis peronda telah ditempatkan di sepanjang jalan di Bukit Damansara yang didiami Datuk S. Ambiga, di mana terdapat kumpulan yang merancang untuk mengadakan pasar malam di sini.

Pemeriksaan pukul 4.30 petang Rabu menyaksikan pegawai DBKL berada di dalam dua kenderaan yang diletakkan berhampiran rumah Ambiga, dan polis peronda membuat rondaan setiap 10 minit.

Walaupun Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih tidak berada di rumah, beberapa pengawal peribadi beliau dilihat berada di anjung rumah beliau, tertanya-tanya kehadiran pegawai-pegawai penguatkuasa.

Apabila didekati, seorang pegawai DBKL di lokasi tersebut berkata mereka hanya membuat rondaan untuk memantau keadaan.

"Semuanya senyap di sini sejak pagi tadi," katanya.

Sementara itu, ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abdullah Bari berkata tidak terdapat laporan kejadian dan polis hanya melakukan rondaan rutin mereka di kawasan itu.

Kumpulan berlainan menganjurkan protes bantahan di luar kediaman Ambiga, termasuk protes "senaman punggung", Selasa oleh veteran tentera.

Artikel Lain