suria

UMNO Kedah Minta Lebih Banyak Rakaman Bersih 3.0 Didedah

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Bashah Md Hanipah berkata mana- mana individu atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mempunyai rakaman perhimpunan itu perlu tampil menyerahkan rakaman berkenaan kepada media untuk mendedahkan kepada umum apa yang sebenarnya berlaku.

Beliau berkata menerusi tayangan rakaman berkenaan, rakyat dapat menilai sendiri tindakan pemimpin dan penyokong pembangkang yang mencetuskan huru-hara sehingga mencederakan anggota polis dan media yang menjalankan tugas mereka.

"Mereka tidak boleh tipu rakyat kali ini. Saya berterima kasih kepada kerajaan yang mendedahkan perkara ini melalui media setiap hari bagi membolehkan rakyat dapat melihat secara keseluruhan kekecohan yang berlaku.

"Masyarakat kini keliru dan jemu dengan mainan politik pembangkang yang sanggup mencetuskan keadaan tidak selamat di negara ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Hari Keluarga 1Malaysia di sini, Sabtu.

Perhimpunan anjuran NGO yang disokong pembangkang bertukar ganas apabila peserta perhimpunan bertindak menyerang polis dan wartawan serta merosakkan harta benda awam dan kenderaan polis.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain