Wanita Kejar Peragut Cedera Ditendang - Semasa | mStar

Wanita Kejar Peragut Cedera Ditendang

KUANTAN: Seorang pekerja salon yang bertindak mengejar peragut, cedera ditendang dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah utama, di sini.

Ketika kejadian, mangsa Lee Jia Chai, 22, sedang berbual-bual menggunakan telefon bimbit di kawasan tangga kecemasan pusat beli-belah berkenaan apabila secara tiba-tiba seorang lelaki meragut telefon bimbitnya.

Dalam kejadian 2.50 petang semalam, mangsa bertindak mengejar suspek yang melarikan diri melalui tangga kecemasan tersebut. "Saya cedera di kaki, tangan dan badan akibat terjatuh selepas ditendang suspek di kawasan tangga berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Lee berkata beliau hanya kehilangan telefon bimbitnya yang berharga kira-kira RM700. "Suspek berketinggian lebih kurang 170 sentimeter dan berusia dalam lingkungan 30-an," katanya.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusof ketika dihubungi Bernama berkata polis sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri. -BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain