Wanita Maut Dihempap Pokok Rhu - Semasa | mStar

Wanita Maut Dihempap Pokok Rhu

ROMPIN: Seorang wanita yang sedang berkelah bersama keluarganya di Pantai Hiburan, dekat sini, maut selepas dihempap sebatang pokok rhu.

Mangsa, Norzuraini Rahim, 22, berasal dari Keratong mati di tempat kejadian akibat patah tengkuk.

Timbalan Ketua Polis Daerah Rompin, ASP Zainor Mujahidin Mat Yudin berkata dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa bersama beberapa ahli keluarganya berkelah di pantai berkenaan.

"Dalam kejadian itu mangsa dan keluarganya sedang berkemas-kemas untuk pulang setelah berkelah di situ. "Tiba-tiba angin bertiup kencang sehingga menyebabkan beberapa dahan pokok rhu patah dan tumbang, salah satu daripadanya telah menghempap mangsa," katanya di sini, Isnin. Beliau berkata mangsa dihantar ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat. Kata Zainor, mayat mangsa sudah dituntut keluarganya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Keratong pagi tadi.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Rompin, Mohd Affandi Mansur berkata pihaknya bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan telefon daripada orang awam kira-kira pukul 6 petang semalam.

Beliau berkata anggotanya tiba di tempat kejadian empat minit kemudian sebelum mendapati mangsa telahpun meninggal dunia akibat tersepit dihempap pokok tersebut. "Anggota penyelamat terpaksa memotong batang pokok itu dan kita mengambil kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan mayat mangsa.

"Seramai sepuluh anggota dan satu jentera terlibat dalam operasi itu," katanya. -BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain