Tak Ada Pasport & Tak Pernah Ke Luar Negara Tetapi Rekod Kata Sekarang Dah Jadi Warga S'pura... - Semasa | mStar

Tak Ada Pasport & Tak Pernah Ke Luar Negara Tetapi Rekod Kata Sekarang Dah Jadi Warga S'pura...

H'ng Yu Choon (kanan), 65, menunjukkan kad pengenalannya pada sidang media yang diadakan oleh Datuk Micheal Chong sambil ditemani anak perempuannya H'ng Soo Eang yang menunjukkan sijil kelahiran bapanya. Foto Art Chen / THE STAR
H'ng Yu Choon (kanan), 65, menunjukkan kad pengenalannya pada sidang media yang diadakan oleh Datuk Micheal Chong sambil ditemani anak perempuannya H'ng Soo Eang yang menunjukkan sijil kelahiran bapanya. Foto Art Chen / THE STAR

KUALA LUMPUR: Dia seorang penjaja yang berusia 65 tahun. Dia juga tidak pernah keluar negara sepanjang hayatnya. Tetapi menurut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dia pernah memperbaharui pasport sebanyak lima kali dan yang lebih mengejutkan kini menjadi warganegara Singapura.

H’ng Yu Choon, dari Pulau Pinang mendapati ini semua apabila dia ke pejabat JPN negeri untuk memperbaharui kad pengenalannya.

Sebelum itu, permohonannya untuk memperolehi bantuan di bawah skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah ditolak dan ini menimbulkan keraguannya.

Oleh yang demikian, apabila dia ke JPN negeri bulan lalu untuk menukar kad pengenalannya, dia telah dimaklumkan oleh pegawai yang bertugas bahawa rekod menunjukkan yang dia telah berhijrah ke Singapura dan menjadi warganegara republik itu.

“Inilah yang pelik...saya tak pernah ada pasport pun macamana nak ke luar negara apatah lagi menjadi warganegara asing tapi yang kelakarnya menurut rekod saya telah memperbaharui pasport saya lima kali...,” kata H’ng dalam satu sidang akhbar yang diuruskan oleh Biro Pengaduan Awam MCA di bawah kendalian Datuk Michael Chong pada Khamis. H’ng suspek ini semua terjadi kerana dia pernah menjadi mangsa pencopek 30 tahun lalu. “Walaupun saya buat laporan polis dan mendapatkan kad pengenalan baru tetapi tiga belas tahun yang lalu saya pernah menerima panggilan telefon daripada sebuah bank di Ipoh kerana gagal membuat ansuran pinjaman rumah,” katanya.

Bagaimanapun menurut H’ng lagi, jika dia ada masalah dengan isu kad pengenalan kenapakah dia tidak berhadapan dengan sebarang masalah ketika mengundi.

Dalam pada itu Chong berkata, kes yang dihadapi oleh H’ng ini ada kaitan dengan penyalahgunaan identiti hasil daripada kad pengenalan yang hilang. “Juga ada kemungkinan, akibat daripada masalah teknikal, dua orang dengan identiti yang sama telah direkodkan di JPN.

“Apa yang kita akan lakukan ialah kita akan menulis kepada Suruhanjaya Tinggi Singapura dan berharap seorang lagi Encik H’ng dari Singapura akan dapat dikesan dan tampil ke hadapan untuk membuat menyelesaikan masalah ini,” ujar Chong.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain

Meghan Markle hamil anak ke-2?