suria

Najib Buat Tinjauan Mesra Di Pasar Batu Pahat

BATU PAHAT: Orang ramai di sekitar Jalan Ibrahim di sini menjadi teruja apabila Datuk Seri Najib Tun Razak membuat tinjauan mesra ke kawasan itu, Sabtu.

Perdana Menteri tiba pada pukul 9.15 pagi dan mengambil sarapan berupa kopi o, nasi lemak dan roti bakar di kopitiam Chop Tong Ah.

Beliau antara lain diiringi Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek, Anggota Parlimen Batu Pahat, Dr Puad Zakarshi, Anggota Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Orang ramai turut bersalaman, mengambil gambar atau melihat Najib secara dekat.

Selepas bersarapan, Perdana Menteri dan rombongan meninjau sekitar kawasan pasar dan beramah mesra dengan para peniaga dan orang ramai.

Beliau turut melawat beberapa buah kedai berhampiran.

Selepas kira-kira 45 minit membuat tinjauan mesra, Najib bertolak ke program "Jelajah Janji Ditepati" di Stadium Batu Pahat. - BERNAMA

Artikel Lain