suria

Polis KL Mengesan Waris Warga Emas Ditemui Mati Jumaat Lepas

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur sedang mengesan waris seorang lelaki warga emas yang ditemui mati di sini Jumaat lepas.

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dalam satu kenyataan hari ini, berkata si mati, Tan Kam Guan, 73, memegang kad pengenalan bernombor 390401-71-5223 dan beralamat terakhir di No. 32B, Tingkat 3, Jalan Alor, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Waris diperlukan bagi membantu proses pengecaman dan tuntutan mayat serta melengkapkan siasatan berkenaan laporan mati mengejut, kata kenyataan itu.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali keluarga si mati boleh menghubungi pengawai penyiasat Sarjan Zainuddin Md Nor di talian 03-2070 2222 sambungan 300.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Rakan Cop Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau SMS ke 32728 atau mana-mana balai polis berhampiran. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain