suria

Sebahagian Lorong Persimpangan Bertingkat Shah Alam Ditutup Sabtu Ini

KUALA LUMPUR: Projek Lebuhraya Usahasama Berhad (PLUS Malaysia Sdn Bhd) akan menutup sebahagian lorong di persimpangan bertingkat Shah Alam di KM0.0 (di antara Subang dan KLIA) di Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) secara berperingkat selama tiga hari bermula Sabtu ini.

Menurut kenyataan PLUS Berhad, penutupan itu bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan jambatan dilakukan.

PLUS Berhad menasihati pengguna supaya berhati-hati di laluan berkenaan dan mematuhi semua arahan yang diberikan.

Orang ramai boleh menghubungi Plusline 1800-88-0000 untuk maklumat lanjut. - BERNAMA

Artikel Lain