Janin Bayi Tanpa Kepala Ditemui Di Sentul - Semasa | mStar

Janin Bayi Tanpa Kepala Ditemui Di Sentul

KUALA LUMPUR: Satu janin bayi tanpa kepala ditemui seorang pekerja Indah Water di loji Indah Water Projek Perumahan Rakyat (PPR) Beringin, Jinjang Utara di sini, Khamis.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata janin itu ditemui pada pukul 11.30 pagi semasa pekerja berkenaan sedang melakukan kerja pembersihan di loji itu.

"Pada awalnya dia menyangka janin itu adalah bangkai kucing. Janin sepanjang sembilan sentimeter itu didapati tidak mempunyai kepala," katanya dalam SMS kepada Bernama di sini, Khamis.

Zakaria berkata janin yang tidak diketahui jantina itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan ia perbuatan penduduk di kawasan itu dan meminta oang ramai yang mempunyai maklumat tampil bagi membantu siasatan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran," katanya. - BERNAMA

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain

BN, PAS bentuk kerajaan baharu di Johor