suria

Dewan Rakyat Bahas Usul Tergempar Radiasi Bukit Merah

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat akan membahaskan usul tergempar mengenai dakwaan terdapatnya radiasi berlebihan yang dikeluarkan oleh syarikat Asian Rare Earth (ARE) milik Mitsubishi Corporation di Bukit Merah, Perak.

Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, usul yang dibawa Fong Fo Kuang (DAP-Batu Gajanh) itu akan dibahaskan pada pukul 4.30 petang, Khamis, selama satu jam.

"Sebelum ini kementerian yang berkaitan menyatakan bahawa satu kajian telah dibuat mengenai perkara berkenaan. Maka alasan supaya usul ini tidak dibahaskan ialah kerana ia tidak perlu disegerakan.

"Tapi saya tidak mahu berkompromi dengan isu yang melibatkan keselamatan awam. Saya tidak boleh buat keputusan bagi pihak kementerian mengenai siapa yang betul atau tidak.

"Isu ini adalah penting, ada bukti-bukti baru, jadi ia perlu di bahas dan dibincangkan," katanya.

Artikel Lain